7 maut, berpuluh cedera serangan peluru berpandu di Chernihiv Ukraine

Penyelamat Ukraine menjalankan siasatan di tapak serangan peluru berpandu di Chernihiv. - Foto AFP
Penyelamat Ukraine menjalankan siasatan di tapak serangan peluru berpandu di Chernihiv. - Foto AFP
A
A
A

KYIV - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 90 lagi cedera Sabtu apabila serangan peluru berpandu mengenai bandar Chernihiv di utara Ukraine, lapor Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri negara itu.

Sepuluh pegawai polis dan 12 kanak-kanak antara yang cedera dalam serangan itu, menurut kementerian itu dalam siaran di Telegram.

Menurut kenyataan di laman sesawang kementerian, peluru berpandu itu mengenai sebuah teater di tengah bandar itu.

Agensi berita UNIAN Ukraine melaporkan bahawa teater itu menganjurkan pameran dron ketika serangan berlaku. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!