Mbappe selamatkan maruah PSG

Mbappe meledak satu gol ketika membantu PSG terikat 1-1 dengan Toulouse dalam aksi Ligue 1 pada Ahad. - Foto AFP.
Mbappe meledak satu gol ketika membantu PSG terikat 1-1 dengan Toulouse dalam aksi Ligue 1 pada Ahad. - Foto AFP.
A
A
A

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe meledak satu gol ketika menyelamatkan maruah Paris Saint Germain (PSG) ketika terikat 1-1 dengan Toulouse dalam aksi Ligue 1 pada Ahad.

Kapten Perancis itu disenaraikan semula dalam pasukan setelah keengganannya untuk menyambung kontrak.

Pada aksi itu, Mbappe bagaimanapun bermula di bangku simpanan.

Dia dimasukkan pada minit ke-51 dan memberi impak segera apabila memaksa Rasmus Nicolaisen melakukan kekasaran.

Mbappe kemudian mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan PSG di depan.

Bagaimanapun impian PSG untuk meraih tiga mata tidak kesampaian.

Penyerang Toulouse, Zakaria Aboukhlal menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat permainan, juga menerusi sepakan penalti.

Zakaria sebelum itu ditarik oleh rakan sepasukannya di Maghribi, Achraf Hakimi.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menyaksikan pengendali PSG, Luis Enrique masih memburu kemenangan pertamanya.

"Keputusan itu mengecewakan. Kami seri kerana tidak bernasib baik.

"Saya tahu anda (media) suka soalan kontroversi, tetapi saya akan menguruskan pasukan dengan cara kami," ujar Enrique.

Jurulatih PSG itu bagaimanapun enggan menjawab persoalan Mbappe memulakan permainan di bangku simpanan.

Ia adalah penampilan pertama Mbappe sejak aksi persahabatan PSG pada 21 Julai selepas dia tidak dibawa dalam jelajah pramusim di Jepun dan Korea Selatan.

Mbappe juga tersisih daripada aksi pertama menentang Lorient yang berkesudahan terikat tanpa jaringan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!