Sembilan tentera India maut, trak jatuh gaung

Sembilan tentera India maut selepas trak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Ladakh pada Sabtu. - Foto Agensi
Sembilan tentera India maut selepas trak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Ladakh pada Sabtu. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sembilan tentera India maut selepas trak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Ladakh pada Sabtu.

Kenderaan tentera tersebut membawa 10 anggota termasuk pemandu, dari bandar Leh ke Nyoma di selatan Ladakh apabila ia terbabas dari jalan di kawasan yang dipanggil Kiari, menurut laporan tempatan.

Trak itu merupakan sebahagian daripada konvoi tiga kenderaan.

"Sedih dengan kehilangan anggota tentera India akibat kemalangan berdekatan Leh di Ladakh. Kami tidak akan melupakan perkhidmatan teladan mereka kepada negara kami. Ingatan saya bersama keluarga yang berduka," kata Menteri Pertahanan Rajnath Singh. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!