Papan iklan rosakkan bahasa diarah turun serta-merta

MBMB arahkan papan tanda berhampiran Masjid Al Azim diturunkan serta-merta.
MBMB arahkan papan tanda berhampiran Masjid Al Azim diturunkan serta-merta.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Papan iklan gergasi yang baru dipasang dan dipamerkan di jejantas berhampiran masjid negeri, Masjid Al-Azim di sini perlu diturunkan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, arahan itu dikeluarkan serta-merta setelah perkataan pada papan iklan yang mengiklankan produk makanan ringan tular di media sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

"Iklan seperti itu tidak boleh dan tidak dibenarkan. MBMB telah mengarahkan ia diturunkan serta-merta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ni, papan iklan terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk memberi komen tidak puas hati perkataan singkatan dipamerkan sekali gus merosakkan bahasa.

Sementara itu, tinjauan mendapati papan iklan berwarna kuning di laluan utama, Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah -Jasin (AMJ) masih belum diturunkan pihak berkenaan.

Semalam, Ketua Menteri, Adly Zahari turut mengulas pihaknya akan menilai dan mengkaji semula permohonan bagi papan iklan di negeri ini terutama yang mempamerkan singkatan perkataan kerana ia hanya akan memberi pemahaman kepada segelintir golongan rakyat sahaja terutama generasi muda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!