Remy Ishak pilih nama klasik Melayu untuk anak lelaki

Remy memilih nama lelakinya Tuah Alam. - Foto Instagram Remy Ishak
Remy memilih nama lelakinya Tuah Alam. - Foto Instagram Remy Ishak
A
A
A

PELAKON, Remy Ishak memilih nama yang cukup klasik bercirikan kemelayuan buat anak lelakinya iaitu Tuah Alam.

Menurut Remy, nama tersebut dipersetujui oleh isteri kesayangannya, Ezza Yusof.

“Masa saya bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur unsur Melayu.

“Saya pilih nama Melayu, saya nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan Ezza dan dia pun setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Remy menambah, ada beberapa nama lain yang turut disenarai pendek untuk anaknya sebelum memilih nama Tuah Alam.

“Selain daripada Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander, sebab hari tu saya ada baca buku Alexander.

“Tapi last sekali kita lock dengan Tuah Alam. Nak ada nama mix juga pada mulanya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.

“Tuah mungkin orang akan ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu sahaja. Ini pendapat individu.

“Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi untuk saya Tuah itu... Kenapa tidak kita letakkan nama Melayu terus.

Artikel Berkaitan:

“Maksudnya Tuah adalah Tuah. Jadi daripada pakai nama Arab saya terus pakai nama Melayu sahaja.

Terdahulu, Remy dan Ezza menimang cahaya mata pertama yang dilahirkan pada pukul 11.17 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu.

Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Jika ingin mengetahui kisah Remy, isteri dan anak, jangan lupa ikuti digital bytes #OhBabyRemy - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!