Manchester United perlu tambah penyerang

Erik ten Hag - Foto AFP
Erik ten Hag - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER United mengakui perlu segera menandatangani penyerang baharu dalam usaha menampilkan penyudah lebih tajam dalam mengharungi saingan musim ini.

Pengendali The Red Devils, Erik ten Hag berkata, situasi itu jelas selepas para pemainnya bergelut untuk menjaringkan gol ketika tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur di London.

Selepas melihat pasukannya gagal menjaringkan gol, termasuk hanya mencatatkan tiga daripada 14 percubaan separuh masa pertama mengenai sasaran, Ten Hag percaya Red Devils akan memiliki rangkaian jentera serangan, namun mengakui kedatangan Rasmus Hojlund, yang masih belum membuat penampilan sulung kerana kecederaan, tepat pada masanya.

“Kami percaya pemain ini (Hojlund) boleh menjaringkan gol. Ia juga jelas mengapa kami perlu segera menandatangani penyerang.

“Jika semuanya berjalan lancar, Marital juga akan kembali, Hojlund juga akan datang, jadi kami akan mempunyai lebih ramai pemain untuk menjaringkan gol,” ujar Ten Hag selepas perlawanan.

Anak buah ten Hag tampil ke Stadium Tottenham Hotspur dengan keyakinan tinggi selepas permulaan musim yang kurang memberangsangkan apabila menang tipis 1-0 ke atas Wolves hasil jaringan Raphael Varane minit ke-76 di Old Trafford sebelum ini.

Bagaimanapun, jaringan Pape Matar Sarr pada minit ke-49 diikuti jaringan sendiri Lisandro Martínez (m-83) menghadiahkan pengurus baharu, Ange Postecoglou tiga mata pertama di laman sendiri.

Tottenham sebelum ini melakar keputusan seri 2-2 menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada 13 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!