Misteri kehilangan pacuan empat roda terungkai

Polis terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat pacuan empat roda yang ditemui terjunam di dalam Sungai Perai berhampiran Ampang Jajar di sini petang semalam.
Polis terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat pacuan empat roda yang ditemui terjunam di dalam Sungai Perai berhampiran Ampang Jajar di sini petang semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Misteri kehilangan sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki yang ditemui lemas pada 5 Mei lalu terungkai apabila polis menemui kenderaan berkenaan di dalam Sungai Perai berhampiran Ampang Jajar di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, gerakan mencari kenderaan mangsa dilakukan sejurus penemuan mayat lelaki berkenaan yang ditemui lemas di Sungai Taman Sentral, Mak Mandin di sini.

Menurutnya, kenderaan milik syarikat yang dipandu lelaki tersebut dipercayai telah terjunam ke dalam sungai.

"Bahagian Siasatan Jenayah, IPD SPU diketuai oleh Asisten Superintenden Mohd Yusof Ibrahim dengan bantuan anggota Polis Marin Wilayah 1, Pulau Pinang telah berjaya menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang sebelum ini dilaporkan hilang.

"Kenderaan tersebut kemudian dibawa naik dengan menggunakan kren dan hasil pemeriksaan lanjut menjumpai kuncinya yang masih berada di tempat hidupkan enjin, cermin pintu kiri dan bumper kereta di hadapan telah pecah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Polis terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat pacuan empat roda yang ditemui terjunam di dalam Sungai Perai berhampiran Ampang Jajar di sini petang semalam.
Polis terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat pacuan empat roda yang ditemui terjunam di dalam Sungai Perai berhampiran Ampang Jajar di sini petang semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Taman Sentral, Mak Mandin di sini selepas dia dilaporkan hilang oleh isterinya sejak pagi Sabtu lalu.

Mayat Tan Aik Tong, 33, ditemukan lengkap berpakaian oleh orang awam kira-kira jam 3 petang sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pada Sabtu lalu pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa yang memaklumkan suami tidak pulang selepas keluar minum bersama rakan-rakannya.

Menurut isterinya, suaminya keluar dari rumah mereka di Pangsapuri Mawar, Tingkat Mawar 3, Butterworth kira-kira jam 1 pagi dengan menaiki kereta jenis Toyota Hilux milik syarikatnya.

Bagaimanapun selepas jam 5.30 pagi, suaminya itu tidak pulang ke rumah dan isterinya cuba menghubungi melalui telefon bimbit namun gagal kerana tidak aktif.

Sementara itu, Noorzainy berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian lelaki berkenaan tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!