Doa rakyat Malaysia iringi perjalanan akhir mangsa nahas Elmina
TANGGAL 20 Ogos 2023 menjadi hari yang cukup hiba buat negara apabila kesemua 10 jenazah mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu selamat disemadikan.
Jenazah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang menjadi salah seorang penumpang pesawat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor, pada jam 12.16 tengah hari, Ahad.
Jenazah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Premier 1 itu, Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim pula selamat disemadikan kira-kira jam 2.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
Jenazah sembilan mangsa terdahulu dituntut keluarga dan diusung keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bermula jam 9.27 pagi hinga 11.35 pagi.
Cuaca mendung yang menyelubungi Jabatan Forensik HTAR sejak pagi juga seakan-akan turut bersedih dengan pemergian kesemua mangsa dan lebih memilukan ahli keluarga yang hadir seawal jam 8 pagi dilihat tidak dapat menahan air mata menyaksikan van membawa keluar satu persatu jenazah mangsa.
Jenazah seorang lagi mangsa yang juga penunggang p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, terlebih dahulu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah pada jam 3.45 petang Sabtu.
Perjalanan akhir kesemua mangsa itu pastinya diiringi doa dari seluruh rakyat Malaysia yang bersedih dengan nahas tragis yang menggemparkan negara apatah lagi rata-rata mereka melihat sendiri rakaman video saat pesawat itu terhempas.
Insiden yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa itu juga menyingkap keperibadian mulia semua mangsa yang 'pergi' dan boleh menjadi contoh kepada insan lain yang masih bernyawa.
Antaranya adalah karekter pegawai khas Johari, Allahyarham Idris Abdol Talib@Ramali, 41, yang disifatkan seorang yang sentiasa menjaga solat dan mengaji al-Quran selain rajin bersedekah serta membantu orang ramai.
Abang ipar mangsa, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 51, dilaporkan berkata, semua ahli keluarga sememangnya amat menghormati keperibadian mulia arwah yang yang juga hafiz al-Quran.
Hanya pakaian Allahyarham Idris dilaporkan terbakar dalam nahas pesawat berkenaan manakala jasadnya dalam keadaan baik.
Selain itu, sikap pemurah Allahyarham Johari yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang suka bersedekah meninggalkan kesan amat mendalam kepada penduduk di kawasan itu.
Seorang penduduk, Mark Lai, 46, berkata, Johari tidak lokek untuk membiayai rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung pada April lepas.
Arwah turut disifatkan sebagai individu yang tidak sombong dan mudah didekati walaupun merupakan figura korporat yang berjaya.
Dengan selesainya pengebumian semua mangsa, tumpuan ramai kini terarah pula kepada siasatan yang dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mengenal pasti punca insiden dan diharapkan proses siasatan tidak mengambil tempoh yang lama.
ARTIKEL BERKAITAN: [KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina
Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik
'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya
Punca pesawat tiba-tiba terjunam
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - PakarNahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim
Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti
Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang
'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa
Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai
Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu
Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga
Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan
Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris
Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan
Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang
Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu
Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!