13 jam padam kebakaran enam kilang
SUNGAI BULOH - Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 13 jam untuk memadamkan kebakaran enam kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran bermula kira-kira jam 4 petang Ahad itu berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.05 pagi Isnin.
"Sepasukan anggota bomba bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Seksyen 7, BBP Puchong dan BBP (BBP) Taman Tun Dr Ismail dari Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran yang tidak membabitkan mangsa itu berjaya dikawal jam 6.05 petang, api berjaya dipadam sepenuhnya jam 6.05 pagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan enam kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, musnah dalam kebakaran pada Ahad.
Kebakaran itu turut mengakibatkan asap tebal berwarna hitam jelas kelihatan di kawasan terlibat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!