KKM fokus pencegahan penyakit tidak berjangkit
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhasrat untuk mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD) secara berkesan dan mengurangkan ketegangan dalam perkhidmatan dengan mengubah fokus sistem itu terhadap langkah pencegahan serta penjagaan utama.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya telah mencadangkan langkah komprehensif untuk mengesan kadar populasi penuaan rakyat Malaysia dan peningkatan kelaziman penyakit itu.
Menurut beliau, Kertas Putih Kesihatan yang dikeluarkan pada Jun menggariskan beberapa strategi utama untuk mengesan cabaran untuk menghadapi perkara tersebut.
“Strategi pertama adalah untuk mengukuhkan inter-agensi dan koordinasi inter-sektor, ia bakal melibatkan beberapa agensi kerajaan dan juga swasta untuk mencipta polisi dan program yang dapat mempromosi penuaan kesihatan serta menyediakan penjagaan jangka panjang buat warga emas,” katanya kepada Sinar Daily, pada Jumaat.
Dr Zaliha menegaskan, pendekatan tersebut merupakan akar umbi dalam prinsip Ekonomi Madani yang menekankan kesihatan dan hak semua rakyat tanpa mengira usia.
Tambah beliau, strategi kedua adalah dengan memfokuskan kawalan penyakit tidak berjangkit, promosi kesihatan dan pengesanan awal.
“Ia bakal melibatkan pelaburan dalam pendidikan kesihatan dan program berbentuk kesedaran untuk memperkasakan individu memiliki gaya hidup lebih sihat serta membuat keputusan mengenai kesihatan mereka,” ujarnya.
Menteri Kesihatan itu juga menekankan kepentingan campur tangan berasaskan komuniti dalam menguruskan faktor risiko dan menawarkan sokongan kepada mereka yang hidup dengan penyakit tersebut.
Kata beliau, dengan mempromosikan kolaborasi inter-agensi, menentukan strategi pencegahan dan mengutamakan campur tangan berasaskan komuniti, negara akan dapat mengatasi segala cabaran dalam populasi penuaan serta peningkatan kawalan penyakit tidak berjangkit.
“Perbezaan dan kelemahan yang dihadapi KKM termasuk membentuk semula sistem perkhidmatan, kewangan dan tadbir urus untuk tempoh 15 tahun akan datang," jelasnya lagi.
Kertas Putih Kesihatan turut menekankan langkah untuk membentuk semula sistem kesihatan, termasuk beberapa fasa pendek dari tahun pertama permulaan 2024, fasa pertengahan dari 2029 dan fasa jangka panjang dari 2034 hingga 2039.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!