Wanita buntu diburu along

Alice (kiri) dan Joan pada sidang media di Johor Bahru.
Alice (kiri) dan Joan pada sidang media di Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gara-gara membuat pinjaman daripada dua ceti haram atau along di Singapura, seorang wanita berusia 25 tahun kini hidup dalam ketakutan apabila diburu along berkenaan.

Menurut Alice (bukan nama sebenar), dia membuat pinjaman berjumlah SGD$5,000 (RM17,000) menerusi satu pautan di laman sosial, Julai lalu kerana mahu berpindah ke rumah yang lain.

Dia yang bekerja sebagai penyambut tetamu dan tinggal menyewa di negara jiran itu berkata, pinjaman diberikan selepas syarat seperti permit kerja, kad pengenalan Malaysia dan slip gaji dipenuhi.

"Pada 2 Ogos 2023, sejumlah SGD$600(RM2,000) telah dimasukkan ke akaun saya dan memberitahu bahawa kadar interest (bunga) adalah sebanyak SGD$500 (RM1,700)secara mingguan.

“Apabila mendapati interest telalu tinggi dan pihak tersebut gagal memberikan jumlah wang sebagaimana yang diminta, saya memaklumkan mahu berhenti meminjam, namun tidak dibenarkan dan perlu membuat bayaran,” katanya pada Selasa.

Tambah Alice, dia kemudiannya membuat pinjaman dengan seorang lagi along bagi menjelaskan kesemua bayaran ahlong pertama yang berjumlah SGD$1,600 (RM5,400).

Katanya, selepas menjelaskan hutang kepada along pertama, pihak along yang kedua memintanya SGD$4,800 (RM16,400) jika mahu menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

“Namun, saya tidak mampu menjelaskan bayaran berkenaan menyebabkan along bertindak mengugutnya dengan membaling botol hingga pintu pagar rumahnya terbakar," katanya yang sudah berhenti bekerja di Singapura..

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, sebanyak tiga laporan polis berhubung perkara berkenaan telah dibuat di Singapura selain bapanya turut membuat tiga laporan di Seri Alam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Joan Ng Geok Yin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tawaran berhubung urusan pinjaman wang yang dipaparkan di laman-laman sosial.

“Kalau nak pinjam pun, carilah rakan-rakan atau ahli keluarga. Mereka pun boleh merujuk nombor yang didapati di laman-laman sosial dengan pihak polis,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!