Mesyuarat khas PRK DUN Pelangai Khamis ini - SPR

SPR
SPR
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Pelangai, Pahang akan diadakan pada Khamis ini, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina di sini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN tersebut.

Menurutnya, ia selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang, perlu disi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

"Sehubungan it, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang pada 24 Ogos 2023 (Khamis).

"Mesyuarat Khas tersebut akan dipengersikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

"Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menambah, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Pada masa sama, SPR turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
Allahyarham Johari atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

"Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Allahyarham Johari menggantikan Tan Sri Adnan Yaakob yang juga bekas Menteri Besar Pahang yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Pelangai pada PRU15.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kekosongan DUN Pelangai dimaklum kepada SPR dalam masa terdekat

Nahas pesawat: Johari Harun disahkan antara mangsa terkorban

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!