Anjing punca remaja lelaki patah bahu

Seorang remaja patah tulang bahu selepas basikal yang ditunggangnya terlanggar tembok rumah penduduk akibat dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai di Ipoh pada Ahad. - Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Yahaya)
Seorang remaja patah tulang bahu selepas basikal yang ditunggangnya terlanggar tembok rumah penduduk akibat dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai di Ipoh pada Ahad. - Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Yahaya)
A
A
A

IPOH - Seorang remaja patah tulang bahu selepas basikal yang ditunggangnya terlanggar tembok rumah penduduk akibat dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 14 tahun berkenaan pulang ke rumah dalam keadaan cedera di bahagian dada kiri dan mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima daripada bapa mangsa berusia 40 tahun di Balai Polis Kampung Rapat.

Menurut beliau, serangan itu menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi kecederaan dialaminya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Pengadu memaklumkan anjing tersebut sering dilihat berada di hadapan sebuah rumah namun, penghuni rumah berkenaan menafikan anjing itu miliknya.

"Penghuni terbabit menyatakan bahawa haiwan itu sering berada di hadapan rumahnya," katanya.

Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, aduan turut dibuat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terhadap anjing yang telah mengejar penduduk di kawasan kejiranan terbabit.

Artikel Berkaitan: