Calon DUN Pelangai akan diperinci - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anggota ketika Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.
- Foto Sinar Harian/RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anggota ketika Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin. - Foto Sinar Harian/RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Calon yang akan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan diperincikan selepas dikemukakan kepada Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai perkara itu.

"Kita telah meneliti bukan hanya keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu di DUN Pelangai itu tetapi kita merasakan bahawa pembangunan di DUN ini harus diberi kesinambungan.

"Soal siapa akan mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu kita akan perincikan apabila bahagian (UMNO Bentong) mengemukakan nama kepada negeri (UMNO negeri) untuk keputusan yang akan saya buat nanti," katanya selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) sempena Hari Peringatan Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Kerusi DUN Pelangai kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang merupakan seorang daripada 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas.

Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi di Langkawi, Kedah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat khas PRK DUN Pelangai Khamis ini - SPR

Kerusi DUN Pelangai diisytihar kosong: Mohd Sharkar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!