Ukraine terima jet F-16 dari Belanda, Denmark tangkis serangan udara Rusia

Jet pejuang F-16 buatan AS. - Foto Agensi
Jet pejuang F-16 buatan AS. - Foto Agensi
A
A
A

SKRYDSTRUP - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengalu-alukan keputusan bersejarah Belanda dan Denmark menyediakan jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) bagi mengekang pencerobohan Rusia.

Selepas berbulan-bulan, Zelenskyy merayu mendapatkan jet canggih untuk menguatkan pasukan tentera udara Ukraine ketika mereka meneruskan serangan balas terhadap tentera Rusia di timur negara itu.

Washington mengumumkan kelulusan perpindahan F-16 pada Jumaat lalu, dengan memberikan latihan kepada juruterbang Ukraine bermula bulan ini.

“Keputusan ini akan memberi inspirasi kepada kami, ” kata Zelenskyy ketika bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di pangkalan tentera udara Eindhoven.

Rutte berkata, jumlah pemberian F-16 yang akan diberikan kepada Kiev belum ditentukan lagi, tetapi Zelenskyy berkata bahawa pihaknya akan menerima 42 buah jet perang.

Kemudian, Zelenskyy menuju ke tentera udara Denmark di Skrydstrup dan disambut oleh Perdana Menteri Mette Frederiksen dan mengumumkan akan menerima 19 jet F-16 dari negara tersebut.

Sementara itu, duta Rusia ke Denmark memberi amaran bahawa keputusan negara tersebut untuk membekalkan Ukraine dengan jet pejuang F-16 buatan AS untuk menangkis pencerobohan Rusia dijangka 'meningkat konflik' serantau.

“Hakikat bahawa Denmark telah memutuskan untuk mendermakan 19 pesawat F-16 ke Ukraine akan membawa kepada peningkatan konflik,” kata duta Rusia ke Denmark, Vladimir Barbin dalam satu kenyataan kepada AFP. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!