Arsenal perlu belajar hidup bersama peraturan baharu

Odegaard mesin gol Arsenal ketika menjinakkan Crystal Palace di Selhurst Park. Foto: AGENSI
Odegaard mesin gol Arsenal ketika menjinakkan Crystal Palace di Selhurst Park. Foto: AGENSI
A
A
A

PEMAIN di bangku simpanan Arsenal meraikan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park seolah-olah ia aksi penentu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, ketika The Gunners bertahan untuk meraih tiga mata selepas Takehiro Tomiyasu dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Pemain pertahanan Jepun itu melanggar tafsiran ketat peraturan membuang masa musim ini, dilayangkan kad kuning kerana melakukan balingan ke dalam sebelum dibuang padang kerana menarik baju Jordan Ayew pada minit ke-67.

“Ia menunjukkan betapa kami mahukan tiga mata di Crystal Palace hari ini.

"Apabila anda melihat reaksi para pemain di bangku simpanan seolah-olah mereka mahu penglibatan sama membantu rakan sepasukan.

"Mereka hebat dan mengubah dinamik permainan. Saya ucap terima kasih kepada mereka kerana benar-benar menyumbang sesuatu untuk Arsenal memenangi permainan,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengenai sambutan itu.

Gol Arsenal dalam aksi berintensiti tinggi di laman The Eagles itu dijelmakan Martin Odegaard selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53.

Sementara itu, Arteta mengakui para pemain kelab dari London tersebut mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan peraturan tegas berikutan membazir masa yang menyaksikan lebih banyak kad kuning dan masa tambahan ditambah pada penghujung setiap separuh masa.

"Ia akan menjadi sangat sukar untuk kami. Saya jamin anda, kami perlu bermain dengan 10 atau mungkin dengan sembilan atau dengan lapan bergantung di mana kami meletakkan standard dan tahap.

Artikel Berkaitan:

"Kami boleh bermain lapan lawan lapan, ia boleh menjadi sangat menghiburkan," kata pengendali berusia 41 tahun itu.

Sementara itu, rakan sejawat dari The Eagles, Roy Hodgson mengakui melihat banyak pelarasan dalam tafsiran peraturan dalam kerjaya pengurusan yang menjangkau hampir 50 tahun.

Namun pengendali berusia 76 tahun tersebut percaya perubahan itu bakal menjelmakan sesuatu yang positif dalam industri.

"Peraturan dan idea ini ditujukan kepada kami, kami tidak terlalu banyak bersuara dalam perkara itu, tetapi kami perlu belajar untuk hidup bersama mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!