Pulisic pacu kemenangan AC Milan

Pulisic (tengah) menjadi watak penting kemenangan Milan ke atas Bologna 2-0 dalam saingan Serie A di Stadium Renato Dall'Ara awal pagi Selasa. - Foto EPA
Pulisic (tengah) menjadi watak penting kemenangan Milan ke atas Bologna 2-0 dalam saingan Serie A di Stadium Renato Dall'Ara awal pagi Selasa. - Foto EPA
A
A
A

BINTANG Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic memacu kemenangan AC Milan ketika menundukkan Bologna 2-0 dalam saingan Serie A awal pagi Selasa.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi watak penting Milan apabila meledak satu gol dan mengumpan satu lagi jaringan.

Aksi cemerlang itu membuka semula peluang buat Pulisic untuk mencipta semula karier bersama Milan selepas dijual oleh Chelsea.

Malah Pulisic dilihat menjadi tonggak utama skuad Stefano Pioli merangkul tiga mata pada aksi permulaan musim.

Dalam aksi di Stadium Renato Dall'Ara, Pulisic membuat hantaran yang memperdayakan benteng lawan bagi membolehkan Olivier Giroud menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11.

Pulisic kemudian mengesahkan kemenangan Milan menerusi jaringan menarik di depan kotak penalti pada minit ke-21.

“Saya tahu Pulisic memiliki bakat besar dan tidak pernah sangsi mengenainya. Apabila saya bercakap dengannya sebelum dia menandatangani kontrak, memang jelas dia akan membawa kualiti kepada pasukan ini,” ujar Pioli.

Milan membawa masuk lapan pemain pada jendela perpindahan musim panas ini selepas perpindahan lumayan Sandro Tonali ke Newcastle United.

Artikel Berkaitan:

Pembelian pemain yang dilakukan itu dilihat mampu mengubah nasib pasukan yang terlepas gelaran liga pada pertengahan musim lalu itu.

Dalam aksi itu, Milan mencipta banyak peluang menyerang termasuk larian bertenaga Rafael Leao dari sebelah kiri dan pemain sayap Portugal itu tidak bernasib baik apabila percubaannya terkena tiang.

“Kami lihat beberapa perkara bagus pada hari ini dan beberapa perkara yang perlu kami terus bekerja keras,” ujar Pioli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!