MR D.I.Y. diiktiraf syarikat terbaik Anugerah Kelestarian, CSR Malaysia 2023

Azlam Shah (tengah) menerima anugerah itu daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri (dua dari kiri). Turut hadir, Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R Rajendran (kiri); Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan MR D.I.Y, Henry Woon dan Pengerusi Bersama serta Pengarang Urusan CSR Malaysia, Lee Seng Chee (kanan).

A
A
A

KUMPULAN MR D.I.Y. Group (M) Berhad diiktiraf sebagai syarikat terbaik peruncit perkakas rumah dalam Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2023.

Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, dengan pelaksanaan perniagaan yang lebih lestari mampu memacu perubahan positif dalam masyarakat.

Menurutnya, usaha tersebut bagi membentuk perniagaan yang lebih baik dan membantu menjaga keseimbangan alam sekitar.

“Kami percaya dengan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dapat membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua.

“Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada komitmen kami dalam memacu perubahan positif komuniti, memupuk alam sekitar lebih lestari dan menyenggara tempat kerja yang menyokong serta inklusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penganjuran anugerah tersebut merupakan inisiatif di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia bagi mengiktiraf kejayaan cemerlang syarikat dalam memainkan peranan sebagai pemacu transformasi sosioekonomi alam sekitar.

Sebanyak 55 syarikat dan enam personaliti cemerlang diiktiraf dalam 61 kategori pada majlis tersebut.

Menurut Azlam, pengiktirafan itu adalah yang pertama diterima syarikat dalam bidang kelestarian alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

“Kami mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan panel juri atas pengiktirafan ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!