Wadira komited bantu, martabat golongan

Noorul Ain (duduk dua dari kiri) dan Tengku Ilham (duduk tengah) bersama exco Wadira pada sidang akhbar pertubuhan itu di PWTC kelmarin.
Noorul Ain (duduk dua dari kiri) dan Tengku Ilham (duduk tengah) bersama exco Wadira pada sidang akhbar pertubuhan itu di PWTC kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Wanita Dihati Rakyat (Wadira) menggesa semua wanita tanpa mengira bangsa dan fahaman politik bersatu dalam usaha membantu dan memartabatkan kaum ibu.

Timbalan Pengerusinya, Datin Noorul Ain Mohamed Nor berkata, NGO itu berteraskan kebajikan, kemasyarakatan, sukarelawan dan kesejahteraan untuk golongan wanita di negara ini.

Menurutnya, tumpuan Wadira menjurus kepada bantuan kepada ibu tunggal, menangani gelaja sosial dalam kalangan remaja perempuan, membantu gelandangan, warga emas dan bantuan kepada golongan B40 ke bawah.

"Berdasarkan data Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MANIS) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), peratusan kaum wanita yang berjaya ke universiti melepasi 60 peratus merupakan satu angka yang membanggakan.

"Namun penyertaan wanita dalam pasaran buruh hanya pada 54.7 peratus merupakan angka paling rendah di negara Asean," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Wadira di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Wadira, Datuk Tengku Ilham Almarhum Tengku Temenggung Abdul Aziz.

Mengulas lanjut katanya, pertubuhan itu berhasrat untuk membantu menggiatkan lagi usaha untuk membolehkan kaum wanita terus menyumbang dalam pembangunan negara.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Noorul Ain memaklumkan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja kepada Wadira.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!