Kongsi wajah Isabella, Nourul turut terima hadiah istimewa

13
13
A
A
A

PENYANYI Nourul Depp berkongsi gambar anak perempuannya, Isabella Depp yang selamat dilahirkan 1 Mei lalu.

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab ini turut berkongsi momen istimewa selepas melahirkan anak keempatnya itu.

Menurut selebriti berusia 42 tahun ini, suaminya, Eric Daniel Depp telah memberikan hadiah kerana melahirkan anak mereka, Isabella.

14
14

Jelasnya, sebelum ini Eric sering memujuknya untuk mempunyai anak lagi.

"Saya mesti buat sesuatu yang baik dalam hidup sehingga ALLAH hantar saya suami yang baik seperti awak.

"Saya sangat beruntung untuk apa yang saya miliki sekarang dan kemudian. Alhamdulillah, terima kasih sayangku.

“Mananya dia tak bagi hadiah. Jenuh oooo dia pujuk kami untuk mengandung lagi. Hari ini dan bulan nilah last year dia pujuk kami di Singapore. Kuasa ALLAH. Alhamdulillah.

Artikel Berkaitan:

15
15

“Kami hanya sebut satu ja 'Insya-ALLAH Fatimah on the way'. Tak sangka ALLAH bagi,” tulisnya.

Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.

Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!