Taasub, fanatik penyokong PN punca kekalahan BN - Noor Azleen

Noor Azleen - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Noor Azleen - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Ketaasuban dan fanatik sesetengah penyokong parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu didakwa menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ia menjadi satu fenomena yang mana tiada apa yang boleh mengubah persepsi dan keputusan penyokong tersebut meskipun untuk perubahan demi kebaikan rakyat negeri tersebut.

"Kami, UMNO menginsafi dan menghormati mandat serta keputusan rakyat. Apa yang penting tanggungjawab kita bersama-sama memikirkan yang terbaik untuk negara.

"Tetapi apa jua yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang mana saya sendiri menyertai kempen pilihan raya di sana berdepan dengan satu situasi ketaasuban melampau dan fanatik.

"Walau bagaimana kita cuba berkempen di Terengganu untuk atasi soal pengangguran dan mahu pastikan urus tadbir diuruskan orang yang betul, apabila berdepan dengan fenomena itu, pada pemerhatian saya memang tiada ada apa yang boleh dibuat dan akhirnya diterjemah dalam bentuk keputusan pilihan raya (kekalahan)," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri ke-409 bertajuk: Pelan Berdamai: Realiti atau Mimpi politik yang dihoskan oleh Ismail Adnan.

Program itu turut menampilkan panel lain iaitu Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzri Helmi Azhar.

Bagaimanapun, menurut Noor Azleen, BN dan UMNO tidak akan berputus asa dan percaya di masa akan datang rakyat akan sedar bahawa pentingnya kemajuan dalam sesebuah negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!