Henti bawa isu naratif, utamakan hal rakyat - Khairul Nadzir

Khairul Nadzir - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Khairul Nadzir - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pemimpin parti sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang perlu berhenti membawa isu-isu naratif demi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sebaliknya perkara yang perlu diberi keutamaan adalah hal rakyat seperti kenaikan harga barang.

"Hakikatnya rakyat kini tengah susah. Jadi kita perlukan titik permulaan, apa juga yang berlaku di negara ini dan melibatkan isi perut rakyat tidak boleh dipandang sinis.

"Tidak kisahlah dia dari kerajaan mahupun pembangkang, itu tanggungjawab pemimpin untuk jaga rakyat dan saya yakin ia perlu dimulakan oleh anak-anak muda di Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis Wacana Sinar bertajuk: Pelan Berdamai: Realisasi Atau Mimpi Politik Sekarang yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjafi panel ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Mohd Rafiq Mohd Abdullah; Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros.

Manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Tambah Khairul Nadzir, secara perlahan-lahan anak muda akan menghakis dan mengenepikan budaya sindiran serta menyerang individu tertentu dalam politik negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Jika ia tidak diubah, rakyat yang akan jadi mangsa dan ia tidak adil buat mereka.

"Oleh itu, reformasi perlu dibuat demi kepentingan rakyat," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!