Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan

Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bawah sebuah lori dalam kejadian kemalangan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bawah sebuah lori dalam kejadian kemalangan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di kawasan berhampiran Lintas Square di Jalan Lintas di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.08 petang.

Katanya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

"Menurut maklumat kemalangan melibatkan tujuh kenderaan iaitu jenis Perodua Bezza, Perodua Myvi, Toyota Vios, Proton Saga, Proton Iriz dan dua lori.

"Terdapat seorang mangsa wanita tersepit dalam kenderaan Perodua Bezza dan pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 7.56 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!