Gerrard tak minat ambil Greenwood

 Mason Greenwood
Mason Greenwood
A
A
A

STEVEN Gerrard menafikan spekulasi Al-Ettifaq akan membeli bekas pemain Manchester United, Mason Greenwood.

Pemain antarabangsa England berusia 21 tahun itu sedang mencari pasukan baharu selepas mencapai persetujuan bersama meninggalkan Manchester United.

"Berita palsu," kata Gerrard ringkas di laman Instagramnya.

Greenwood telah digantung oleh United pada Januari 2022 selepas perlakuannya mencederakan seorang wanita tersebar di media sosial dan kemudian didakwa atas tuduhan cubaan merogol, gagal mengawal tingkah laku dan serangan pada Oktober lalu.

Dia sepatutnya dibicarakan pada 27 November tahun ini tetapi semua pertuduhan jenayah terhadapnya telah digugurkan pada Februari.

Greenwood menyifatkan dia telah membuat kesilapan, namun menafikan melakukan perkara yang telah dituduh kepadanya.

“Keputusan hari ini adalah sebahagian daripada proses kerjasama antara Manchester United, keluarga saya dan saya.

“Keputusan terbaik untuk kita semua adalah untuk saya meneruskan karier bola sepak di luar Old Trafford, di mana kehadiran saya tidak akan mengganggu kelab," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!