Penyokong Kedah, Pulau Pinang patut jaga sensitiviti - FAM

Insiden pergaduhan yang berlaku antara penyokong Penang FC dan Kedah.
Insiden pergaduhan yang berlaku antara penyokong Penang FC dan Kedah.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan insiden pergaduhan membabitkan segelintir penyokong Penang FC dan penyokong Kedah Darul Aman FC di luar Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Selasa.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, insiden itu sepatutnya tidak berlaku dan penyokong seharusnya perlu menjaga sensitiviti dan tidak mencetuskan kekecohan ketika hadir ke stadium.

Menurutnya, FAM sedang menunggu laporan daripada pegawai perlawanan sebelum memutuskan sebarang tindakan yang akan diambil.

ARTIKREL BERKAITAN: Penyokong Pulau Pinang, Kedah bergaduh luar stadium

“Saya dah lihat video pergaduhan itu dan memang kita kecewa dengan apa yang berlaku.

“Patut penyokong kena jaga sensitiviti tidak kira sama ada penyokong tuan rumah mahupun penyokong pelawat yang datang ke tempat orang.

“Saya masih menunggu laporan daripada pegawai MC (Komisionor Perlawanan) dan kita akan lihat dari semua sudut. Apapun pihak polis bertindak pantas dan saya ucapkan terima kasih kerana dapat menyelesaikan insiden itu daripada jadi lebih buruk," katanya.

Dalam perlawanan Liga Super tersebut Kedah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas tuan rumah Penang FC 2-1.

Kejadian pergaduhan tersebut berlaku di luar stadium selepas tamat perlawanan dipercayai berpunca disebabkan provokasi antara kedua-dua pihak sebelum berlaku insiden tolak menolak antara mereka.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat, kumpulan berpakaian serba hitam yang dipercayai penyokong Pulau Pinang dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi sebelum berlaku pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan.