Idea kreatif ubah suai bas lama jadi kedai runcit gamit pelanggan


Mohd Luqman Hakim menjalankan perniagaan kedai runcit di dalam sebuah bas yang telah diubai suai oleh bapanya di Kampung Tanjong Katong. - Foto Bernama
Mohd Luqman Hakim menjalankan perniagaan kedai runcit di dalam sebuah bas yang telah diubai suai oleh bapanya di Kampung Tanjong Katong. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Idea kreatif seorang peniaga yang mengubah suai sebuah bas lama menjadi kedai runcit telah memberi nafas baharu kepada kenderaan tersebut seterusnya berjaya menarik lebih ramai pelanggan ke premis yang terletak di Kampung Tanjong Katong, di sini.

Pemilik premis, Mohd Sofri Jusoh, 49, berkata, idea tersebut tercetus hasil perkongsian idea beliau bersama abangnya Mohd Fauzi, 63, yang juga pemilik kenderaan berkenaan.

"Asalnya ia adalah sebuah bas sekolah jenis Ford yang telah uzur dan tidak dapat digunakan lagi. Jadi kami sependapat untuk ubah suainya menjadi kedai runcit mini daripada membiarkan ia terbiar begitu sahaja.

"Alhamdulillah selepas diberi beberapa 'sentuhan' baharu termasuk semburan cat pada bas, ia tampil dengan wajah berbeza dan unik, menarik perhatian orang awam yang lalu lalang untuk singgah ke kedai kami," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Rabu.

Idea seorang peniaga mengubah suai sebuah bas lama menjadi kedai runcit telah memberi nafas baharu kepada kenderaan tersebut. - Foto Bernama
Idea seorang peniaga mengubah suai sebuah bas lama menjadi kedai runcit telah memberi nafas baharu kepada kenderaan tersebut. - Foto Bernama

Katanya, keunikan kedai runcit mininya itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada masyarakat sekitar kampung berkenaan selain daripada pekerja sebuah kilang berdekatan.

Melihat kepada sambutan yang diterima, Mohd Sofri berhasrat menambah lebih banyak barangan runcit sedia ada selain merancang memindahkan bas itu ke lokasi yang lebih strategik sekitar kawasan berkenaan.

Bercerita lanjut, beliau yang juga seorang pendawai elektrik memberitahu beberapa nilai tambah kepada kenderaan itu telah dilakukan bagi memberi keselesaan kepada pelanggannya.

Artikel Berkaitan:

"Bas tersebut telah beliau lengkapi dengan dua kipas atas, dua kipas ekzos, tingkap dan pintu utama yang fleksibel bagi memberikan pengudaraan yang baik dan mengurangkan bahang panas dengan kos keseluruhan ubah suai berjumlah RM5,000,” katanya.

Mohd Luqman Hakim menunggu pelanggan di dalam bas yang diubah suai menjadi kedai runcit. - Foto Bernama
Mohd Luqman Hakim menunggu pelanggan di dalam bas yang diubah suai menjadi kedai runcit. - Foto Bernama

Menurut Mohd Sofri, selepas diubah suai, seorang individu pernah menawarkan untuk membeli kenderaan tersebut dengan harga RM18,000, namun beliau dan abangnya memutuskan untuk 'menyimpannya' sebagai kenangan.

Beliau berkata, kedai runcit yang dijaga oleh isterinya, Haslina Mohd Hashim, 44, dan anaknya Mohd Luqman Hakim, 19, itu juga pernah ditularkan beberapa pempengaruh media sosial menyebabkan kedai runcitnya itu mendapat lebih perhatian.

"Saya rasa idea ubah suai ini bukan hanya mampu mengekalkan barangan kesayangan tetapi juga mampu menjimatkan kos sewaan atau binaan premis jualan.

"Lebih menyeronokkan kaedah ini dapat mengetengahkan 'karya' kreatif kita kepada umum," katanya.

Keadaan di dalam bas yang diubah suai menjadi kedai runcit.
Keadaan di dalam bas yang diubah suai menjadi kedai runcit.

Sementara itu, seorang pelanggan, Noraini Daud, 52, berkata, kedai runcit daripada bas lama itu satu idea kreatif yang mampu menarik kehadiran pelanggan.

"Ketika melihat bas tersebut saya tertarik untuk singgah membeli. Saya rasa ia satu idea yang menarik untuk diketengahkan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan," katanya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!