Tak sempat sampai rumah, lelaki maut elak haiwan melintas

Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di Jalan Air Paabas, Alor Gajah pada malam Selasa. Gambar kecil: Muhammad Hafizee
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di Jalan Air Paabas, Alor Gajah pada malam Selasa. Gambar kecil: Muhammad Hafizee
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang operator kilang tidak sempat pulang ke rumah selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor haiwan di Jalan Air Paabas, Alor Gajah di sini pada malam Selasa.

Mangsa Muhammad Hafizee Md Daut, 31, beralamat di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka akibat mengalami kecederaan di bahu, kaki dan pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Masjid Tanah dari tempat kerja di sebuah kilang di Pegoh, Alor Gajah.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar haiwan dipercayai melintas sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan bahu telah dirawat di zon merah Hospital Alor Gajah.

"Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka namun disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tambahnya, kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk dibawa Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, keadaan jalan adalah satu lorong dua hala dan lurus manakala keadaan cuaca semasa kemalangan adalah baik dan cerah.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat kesan tanah di atas permukaan jalan dan kesan motosikal di atas rumput di sebelah kiri jalan telah ditemui," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!