Lata Berembun, Jeram Toi akan dibuka semula

Laporan Sinar Harian mengenai kemusnahan di Jeram Toi,Jelebu.
Laporan Sinar Harian mengenai kemusnahan di Jeram Toi,Jelebu.
A
A
A

SEREMBAN - Lata Berembun dan pusat rekreasi Jeram Toi akan dibuka semula kepada orang ramai pada September dan November ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin berkata, dua lokasi tumpuan orang ramai itu dibuka semula selepas melalui beberapa fasa naik taraf dan pemulihan infrustruktur kepada pengunjung.

Menurutnya, kerja pembaikan di Jeram Toi sedang rancak dilaksanakan selepas musnah dalam kejadian hujan lebat dan banjir besar pada pertengahan Disember 2021.

"Kerja berkenaan ketika ini berada di tahap 45 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November nanti. Ia akan dibuka secara berfasa-fasa dan dijangka pada hujung tahun ia boleh dibuka untuk fasa pertama," katanya pada Rabu.

Sementara itu, mengenai trek pendakian Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk di Lata Berembun, Saleh berkata, ia akan dibuka pada awal September selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya.

"Kami akan buka semula untuk pendaki Gunung Telapak Buruk namun saya harap ia masih terkawal kerana kerja-kerja penyelenggaraan jalan masuk masih dalam pelaksanaan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!