India negara pertama daratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan
NEW DELHI - India pada Rabu menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.
Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai.
Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan "lancar", atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.
"Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan," Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!