Yang di-Pertuan Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di kampus UiTM Shah Alam di sini hari ini.
Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Naib Canselor UiTM Prof Dr Mohd Azraai Kassim. Sultan Abdullah merupakan Canselor UiTM.
Turut mengiringi baginda, beberapa Pro-Canselor UiTM antaranya Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, dan Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed.
Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM kampus Shah Alam.
Sultan Abdullah kemudian turut berkenan menunaikan solat maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!