'Menu Sanusi' RM1 jadi tumpuan

Pemilik kedai,Nur Ezzeanni Abdullah melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai makan mereka di Bukit Payung, di sini.
Pemilik kedai,Nur Ezzeanni Abdullah melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai makan mereka di Bukit Payung, di sini.
A
A
A

POKOK SENA - Sebuah kedai makan mengambil inisiatif memperkenalkan menu berharga RM1 dikenali Menu Sanusi di Bukit Payung, di sini, demi membantu orang ramai.

Pemiliknya,Nur Ezzeanni Abdullah, 43, berkata, dia sebenarnya telah menjual beberapa jenis menu berharga RM1 sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi.

Bagaimanapun, kata Nur Ezzeanni berkata, mereka menjenamakan menu RM1 sebagai Menu Sanusi selepas kemenangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.

"Antara makanan berharga RM1 ialah mi kari,laksa,kuey teow, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, ayam masak ros, ayam rendang dan sebagainya.

"Hampir setiap hari, kami menyediakan pilihan menu berbeza kepada pelanggan, misalnya hari ini kita masak mi kari dan apabila habis akan ditambah menu lain," katanya ketika ditemui di kedainya di Anjung Selera Rasa Anakku, di sini, pada Rabu.

Nur Ezzeanni yang telah mengusahakan kedai makan terbabit selama 17 tahun menjelaskan, menu berharga RM1 terbabit adalah bukti bahawa terdapat menu murah dijual kepada pelanggan.

Pemilik kedai,Nur Ezzeanni Abdullah (kanan) bersama suaminya, Azizan Mahmud di kedai mereka yang menawarkan menu RM1 kepada pelanggan di Bukit Payung, di sini.
Pemilik kedai,Nur Ezzeanni Abdullah (kanan) bersama suaminya, Azizan Mahmud di kedai mereka yang menawarkan menu RM1 kepada pelanggan di Bukit Payung, di sini.

Ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, suaminya, Azizan Mahmud,44, yang memberi idea supaya menu RM1 dinamakan sebagai Menu Sanusi.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, apabila orang teringat Menu Sanusi maka orang teringat bahawa dekat Kedah akan jual makanan murah," katanya.

Menurutnya, mereka berharap Menu Sanusi itu secara tidak langsung akan memperkenalkan lagi Kedah, sekaligus membantu orang ramai.

Nur Ezzeanni memberitahu, dia yang dibantu 12 pekerja akan memasak antara 20 hingga 30 makanan termasuklah Menu Sanusi di kedai yang beroperasi dari Ahad hingga Khamis.

Kata beliau, mereka turut menjual pelbagai jenis makanan lain pada harga berpatutan di kedai makan itu, selain Menu Sanusi.

"Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap menu RM1 memang sangat baik.Bayangkan, baru letak sahaja Menu Sanusi seperti mi kari dan tidak lama kemudian ia habis.Jadi, kami kerap menambah dan memasak lauk baharu," katanya.

Beliau memaklumkan, dia tidak melihat menu RM1 itu sebagai satu kerugian, sebaliknya sebagai satu bentuk sedekah kepada penduduk setempat.

"Tidak rugi sebaliknya masih beroleh keuntungan,malah sekurang-kurangnya kami dapat membantu penduduk yang kebanyakannya terdiri dari penoreh getah," katanya.

Beliau menambah, penduduk boleh pilih beberapa jenis menu berharga RM1 di kedai mereka yang beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 3 petang itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!