Ribut kuat landa Makkah cetus panik jemaah umrah

Rakaman menunjukkan beberapa jemaah yang terjatuh akibat angin kuat di Makkah. - Foto Agensi
Rakaman menunjukkan beberapa jemaah yang terjatuh akibat angin kuat di Makkah. - Foto Agensi
A
A
A

MAKKAH - Ribut yang membawa angin kuat dan hujan lebat melanda Makkah, Arab Saudi pada Selasa sehingga mencetuskan panik di kalangan jemaah umrah dan penduduk di kota suci itu.

Justeru, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) telah mengeluarkan amaran cuaca merah di wilayah itu dan di beberapa kawasan selama dua hari bermula Selasa sehingga hari ini.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan jemaah berpusu-pusu mencari tempat perlindungan manakala beberapa kakitangan di Masjidil Haram terjatuh ditiup angin yang turut menerbangkan tong sampah.

Dalam video lain, sebuah papan iklan besar dilihat terjatuh akibat angin kencang dan kereta yang lalu-lalang terbabas tepi jalan.

Rakaman turut menunjukkan jalan raya dinaiki air dan kereta hampir ditenggelami banjir. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!