Rosmah hadir prosiding hari pertama kes AMLA, elak cukai
24 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 OGOS 2023
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 9.08 pagi Khamis, pada hari pertama perbicaraan berhubung 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai, dihadapi beliau, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Prosiding yang akan didengar di hadapan Hakim, K Muniandy itu bermula dengan jurubahasa membacakan semula, semua pertuduhan dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini