Rakyat perlu diberi kefahaman senario politik semasa - Sanusi

Muhammad Sanusi (kanan) pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Markas Pas Bakri, pada malam Rabu.
Muhammad Sanusi (kanan) pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Markas Pas Bakri, pada malam Rabu.
A
A
A

MUAR – Rakyat khususnya golongan muda perlu diberikan kefahaman mengenai senario politik semasa di negara ini agar mereka bijak membuat pilihan kelak.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sentimen berhubung perkara itu diharap ‘sampai’ dan difahami oleh rakyat.

“Kefahaman ini penting bagi memastikan pengundi tidak menyokong sesebuah parti secara taasub dan membuta tuli.

"Ini terjadi apabila ada pihak yang menyatakan sokongan membuta tuli dan taasub orang di belah utara dan pantai timur menyebabkan PN menang (di Terengganu, Kelantan dan Kedah).

“Ini berlaku kerana ada pihak tidak faham dengan senario politik yang ada keperluan membuat perubahan," katanya.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Markas Pas Bakri pada malam Rabu.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia dunia pada 23 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK adalah pada 26 Ogos, pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!