Bilik Ketua Polis Balai terbakar

Anggota bomba melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.
A
A
A

GEORGETOWN - Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian yang berlaku pada pagi, Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.33 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dan Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan penyaman udara di dalam bilik berkenaan dengan anggaran keluasan keseluruhan 20x20 kaki persegi.

Kebakaran turut melibatkan struktur bangunan dan peratusan kemusnahan kebakaran dianggarkan hanya 20 peratus.

"Kebakaran telah dipadamkan oleh warga Polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.

Jurucakap berkenaan berkata, komander operasi juga bertindak menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Katanya, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dengan kejadian itu sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.29 pagi.

"Kes diserahkan kepada pihak forensik kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!