Batal keputusan pilihan raya, bekas peguam Trump serah diri

Giuliani - Foto Reuters
Giuliani - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Rudy Giuliani, peguam peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerah diri pada Rabu kepada pihak berkuasa di Atlanta, negeri Georgia di tenggara Amerika berkaitan kes campur tangan pilihan raya Georgia terhadap Trump dan 18 yang lain.

Giuliani tiba di Atlanta pada Rabu untuk menyerah diri di sebuah penjara, di mana defendan didaftarkan, Xinhua memetik laporan media AS.

Beliau adalah antara beberapa defendan dalam kes itu yang telah menyerah diri dan ikat jaminnya ditetapkan pada AS$150,000.

Giuliani, bekas Datuk Bandar New York City dan bekas pendakwa raya persekutuan telah didakwa minggu lalu bersama Trump dan 17 yang lain.

Beliau didakwa atas 13 pertuduhan jenayah termasuk melanggar akta penipuan negeri, terlibat dalam pelbagai konspirasi jenayah dan membuat banyak kenyataan palsu mengenai penipuan pilihan raya.

Trump akan menyerah diri pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan jenayah keempatnya tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!