'Aksi antara dua darjat'

Chelsea sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan EPL setakat ini. - Foto Agensi
Chelsea sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan EPL setakat ini. - Foto Agensi
A
A
A

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menemukan Chelsea dan Luton di Stamford Bridge pada Sabtu ini boleh diibaratkan aksi dua darjat antara pasukan kaya dan miskin.

The Blues yang dimiliki Todd Boehly sudah membelanjakan 954.5 juta pound (RM5.6 bilion) pada jendela perpindahan pemain.

Luton pula dilabel sebagai kelab yang mempunyai nilai paling rendah dalam kancah EPL.

Luton yang dibimbing Rob Edwards gembira dengan pembelian tertinggi setakat musim panas ini iaitu 5 juta pound (RM29.5 juta) ketika mengikat pemain Wolverhampton Wanderers, Ryan Giles.

Chelsea pula gah berbelanja 23 kali ganda daripada jumlah tersebut untuk hanya membeli Moises Caicedo dengan rekod perpindahan bernilai 115 juta pound (RM678.8 juta) dari Brighton.

Luton tewas kepada Brighton 1-4 pada aksi pertama EPL minggu lalu. - Foto Agensi
Luton tewas kepada Brighton 1-4 pada aksi pertama EPL minggu lalu. - Foto Agensi

Bagaimanapun selepas seri di tempat sendiri ketika menentang Liverpool serta tewas kepada West Ham, Chelsea masih bergelut dengan prestasi.

Bekas pemain Chelsea serta Luton, Kerry Dixon memberi amaran kepada Chelsea agar tidak memandang rendah keupayaan Luton.

Artikel Berkaitan:

“Tiada siapa yang boleh mengambil mudah cabaran Luton, tetapi pada masa sama Chelsea perlu menang perlawanan ini.

“Saya berharap Chelsea menang, tetapi saya fikir ia adalah perlawanan yang sengit.

Ibarat 'kisah dongeng' terbaik.

“Beraksi dalam saingan EPL sesuatu yang sangat hebat buat Luton.

Mereka akan buktikan kemampuan apabila menentang Chelsea,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!