Dalang sindiket, pembeli binatang liar giat diburu

Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Abdul Kadir
Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Abdul Kadir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) percaya ada rangkaian sindiket di negeri lain yang masih aktif susulan penahanan enam pemburu haram hidupan liar di Sik, Kedah, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, rangkaian ini membabitkan dalang, pembeli dan pengedar.

"Perhilitan percaya sindiket ini mensasarkan binatang liar terutama rusa, kijang, ayam hutan dan landak.

"Binatang liar ini akan dijual kepada pembeli iaitu individu termasuk peniaga restoran," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, dipercayai sindiket berkenaan akan berurusan melalui kumpulan WhatsApp dan Telegram.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada sindiket ini terlibat dalam pemburuan Harimau Malaya atau tidak selain mengesan pembabitan penyeludupan ke pasaran haram di luar negara.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan Perhilitan menerusi Op Hunter dengan dibantu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) serta Pasukan Gerakan Khas (PGK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pemburuan haram dalam serbuan pada 18 Ogos.

Sindiket pemburuan haram hidupan liar di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik yang beroperasi lebih 10 tahun itu berjaya dilumpuhkan selepas enam pemburu diberkas dalam satu serbuan serentak di sekitar daerah.

Artikel Berkaitan:

Suspek berusia 40 hingga 63 tahun yang merupakan penduduk tempatan diyakini turut melumpuhkan aktiviti haram itu serta rangkaian-rangkaiannya di sekitar kawasan perkampungan berhampiran hutan simpan tersebut.

Suspek memburu binatang liar menggunakan senapang, busur dan anak panah sebelum memproses hasil tangkapan dan disejuk beku sebelum dijual kepada pelanggan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!