Operasi laman sesawang INSAN digantung

Laman sesawang INSAN didapati telah digantung dan tidak dapat diakses pada Khamis.
Laman sesawang INSAN didapati telah digantung dan tidak dapat diakses pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Laman sesawang Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN) bawah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat diakses pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian ke laman tersebut mendapati pengoperasiannya telah digantung.

Perkembangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan data peribadi pengguna rakyat Selangor yang digunakan tanpa kebenaran bagi pendaftaran tersebut.

Isu tersebut bermula apabila timbul pertikaian pengguna dan ia tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan kebimbangan awam tentang tahap keselamatan data peribadi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang telah mendapat prapendaftaran itu perlu mengesahkan dengan langkah gambar swafoto dan kad pengenalan serta berkaitan untuk mengesahkan pendaftaran tersebut.

Pada Khamis, Polis Selangor mengesahkan menerima lapan laporan berkaitan dakwaan tersebut namun ia diklasifikasi sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau 'Refer to Other Agency' (ROA).

Susulan itu, laporan berkenaan telah dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Program INSAN: Dakwaan salah guna data, polis terima 8 laporan

Nafi guna data pengguna tanpa kebenaran untuk program INSAN - MB Selangor

'Boleh saman kes program INSAN' - peguam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!