Kaki budak tersepit penutup besi longkang

Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit pada besi penutup longkang di Taman Sri Subang, di sini, pada Khamis.
Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit pada besi penutup longkang di Taman Sri Subang, di sini, pada Khamis.
A
A
A

SUBANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit pada besi penutup longkang di Taman Sri Subang, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 petang.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang pergi ke lokasi.

"Kita tiba di lokasi enam minit kemudian dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa dari besi penutup longkang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa mengalami cedera di bahagian betis kaki kiri.

"Mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!