Zikir menari: Polis belum terima sebarang laporan

Mohd Rosdi
Mohd Rosdi
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian zikir menari yang didakwa berlaku di makam Tok Kenali dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan kejadian yang tular terbabit dan melakukan pemantauan.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya ada laporan dibuat oleh mana-mana pihak.

“Setakat ini, tidak ada laporan tetapi kami akan teruskan semakan.

“Cuma, daripada pihak kami sendiri sentiasa peka dan melakukan pemantauan sejak kejadian tersebut mulai tular serta mendapat perhatian umum,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, akhbar melaporkan cicit kepada Tok Kenali menegaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan individu berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.

Lelaki itu, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi berkata, perkara terbabit juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuk kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, van yang dipercayai membawa kumpulan berkenaan menunjukkan nombor pendaftaran daripada negara jiran, Thailand.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

[VIDEO] 'Itu bukan ajaran Tok Kenali' - Cicit

Jangan biar ritual pelik terus tersebar, elak akidah terpesong

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!