Masjid di Banyuwangi tadarus guna al-Quran gergasi

Tadarus di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi menggunakan al-Quran gergasi berukuran 2 x 1.5 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.
Tadarus di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi menggunakan al-Quran gergasi berukuran 2 x 1.5 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.
A
A
A

BANYUWANGI - INDONESIA. Setiap kali ketibaan bulan Ramadan yang mulia, pasti ramai yang merebut peluang menyertai tadarus al-Quran.

Bagi Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi, terdapat satu keistimewaan pada majlis tadarusnya.

Tadarus di masjid berkenaan menggunakan sebuah al-Quran gergasi berukuran 2 x 1.5 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.

"Majlis tadarus menggunakan al-Quran gergasi ini telah dilakukan sejak bulan Ramadan tahun 2011.

"Alhamdulillah, ia masih berterusan sehingga ke hari ini," kata Setiausaha Yayasan Masjid Agung Baiturahman, Iwan Azis Siswanto.

Tadarus di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi menggunakan al-Quran gergasi berukuran 2 x 1.5 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.
Tadarus di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi menggunakan al-Quran gergasi berukuran 2 x 1.5 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.

Berikutan saiz al-Quran yang besar, pembacaan dibahagikan kepada satu kumpulan dengan tujuh orang pembaca pada setiap malam.

Selain kumpulan pembaca, terdapat dua orang petugas khas yang bertanggungjawab membuka lembaran al-Quran setiap kali pembaca menghabiskan bacaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Iwan, al-Quran gergasi itu telah berada di Masjid Agung Baiturahman sejak tahun 2011 dan ia hanya dibaca ketika bulan Ramadan, usai solat tarawih.

Ia merupakan pemberian daripada H. Abdul Karim, seorang warga daerah Genteng yang juga penulis al-Quran tersebut.

Al-Quran tulisan tangan ini diperbuat menggunakan pena dan kertas khas yang didatangkan dari Jepun dan mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan. - Liputan6

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!