'Saya akan terima laporan dan kita lakukan sesuatu'

Ahmad Zahid - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Ahmad Zahid - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui sudah dimaklumkan mengenai tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka daripada UMNO yang didakwa menghadiri majlis Perikatan Nasional (PN) pada Rabu.

Ahmad Zahid ketika ditanya media mengenai perkara tersebut berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selepas menerima laporan berhubung perkara tersebut.

"Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu," katanya ketika ditemui media selepas Himpunan Solidariti Wanita Bersama Presiden - Mempertahankan Institusi di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis hadir pada sebuah majlis Perikatan Nasional (PN) di Johor pada Rabu.

Program berkenaan difahamkan bagi menandakan permulaan kepada kempen PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang bakal berlangsung pada 9 September ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!