Qari Malaysia muncul johan Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-63
SHAH ALAM - Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, muncul sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63 Tahun 1445H/2023M bagi kategori lelaki di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.
Muhammad Qayyim yang berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan berasal dari Kelantan itu berjaya memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus.
Muhammad Qayyim turut membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai, piala iringan dan sijil.
Hadiah tersebut disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Anugerah johan tilawah kategori qariah pula dimenangi peserta dari Maghribi, Sara Belmamoun
Sementara itu, johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita dimenangi peserta dari Guinea, Omar Toure serta Tebani Cheyma Enfal dari Algeria.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!