Lavia, Caicedo patut sertai Liverpool, bukan Chelsea kata Petit

Moises Caicedo dan Romeo Lavia
Moises Caicedo dan Romeo Lavia
A
A
A

BEKAS pemain Chelsea, Emmanuel Petit mengecam dua pemain baharu The Blues, Romeo Lavia dan Moises Caicedo, yang disifatkannya menyertai kelab London itu kerana wang.

Sebaliknya, bekas pemain Perancis itu menegaskan Caicedo dan Lavia sepatutnya menyahut cabaran bersama gergasi Inggeris, Liverpool.

Sebagai rekod, Lavia dan Caicedo baru-baru ini menjadi tajuk utama perpindahan besar pemain ke Stamford Bridge.

Namun sebelum itu, kedua-duanya telah menimbulkan kemarahan penyokong kelab London berkenaan terutamanya apabila menganggap Liverpool juga turut berminat.

Lavia, pemain tengah Southampton sebelum ini melengkapkan perpindahan bernilai £53 juta pound (RM314 juta) ke Stamford Bridge.

Caicedo pula ditandatangani dari Brighton & Hove Albion dengan rekod Britain 115 juta pound (RM681 juta) bagi meningkatkan pilihan bahagian tengah Chelsea.

Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino membuat lapan pembelian sejak mengambil alih kelab itu walaupun dia sebelum ini menyatakan hasrat mengurangkan pemain.

“Caicedo menandatangani untuk Chelsea apabila dia dikaitkan dengan Liverpool, sama seperti Romeo Lavia. Saya tidak akan mengatakan sesuatu yang kurang bijak tetapi kita semua tahu mengapa kedua-duanya ke Chelsea.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, jawapannya sangat mudah. Jika anda bertanya kepada seseorang mengapa Caicedo dan Lavia memutuskan pergi Chelsea, jawapannya hanyalah wang.

“Jika saya Caicedo atau Lavia, saya akan pergi ke Liverpool dan bukannya Chelsea kerana saya tidak dapat melihat perancangan jelas apa yang berlaku di Chelsea.

“Berapa ramai pemain yang mereka perlukan? 35 pemain? Ya, ia akan menjadi mimpi ngeri seperti yang berlaku musim lalu,” kata legenda Barcelona, Arsenal dan AS Monaco berusia 52 tahun itu.

Chelsea yang masih belum melakar sebarang kemenangan selepas dua perlawanan liga akan berdepan kelab yang baharu dinaikkan pangkat Luton Town di Stadium Stamford Bridge awal pagi Sabtu.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (26 OGOS)

Chelsea lwn Luton Town, 3 pagi

Bournemouth lwn Tottenham, 7.30 malam

Brentford lwn Crystal Palace, 10 malam

Arsenal lwn Fulham, 10 malam

Manchester United lwn Nottingham Forest, 10 malam

Everton lwn Wolves, 10 malam

AHAD (27 OGOS)

Brighton lwn West Ham United, 12.30 tengah malam

Sheffield United lwn Manchester City, 9 malam

Burnley lwn Aston Villa, 9 malam

Newcastle United lwn Liverpool, 11.30 malam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!