PH perlu warta segera anggota Kabinet: Rais

Rais - Foto Bernama
Rais - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pewartaan jawatan menteri Kabinet perlu dilakukan segera supaya tidak menimbulkan masalah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Kabinet dan penulis buku mengenai Kabinet Malaysia, Tan Sri Rais Yatim berkata, masalah yang mungkin timbul ialah berlaku pertindihan kuasa antara kementerian.

“Kita tidak mahu apabila ada perkara yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang menteri, nanti ada menteri lain pula yang buat.

“Jadi pertindihan tugas atau kuasa boleh berlaku jika tugas tidak dinyatakan di bawah peruntukan Akta Fungsi Menteri-Menteri 1969,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu ditanya mengenai kesan tidak mewartakan jawatan tersebut, Rais berkata, semua anggota Kabinet masih boleh mendapat gaji seperti biasa dan segala arahan yang dikeluarkan adalah sah.

“Tetapi adalah satu kelalaian tidak mewartakan jawatan menteri. Mungkin ini berlaku kerana pertukaran Peguam Negara atau pihak yang sepatutnya menguruskan perkara ini adalah kerajaan baharu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!