Sasar 660 cop tangan belia sempena Hari Kebangsaan ke-66

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Program Sentuhan Belia Merdeka menyasarkan seramai 660 belia menurunkan cop tangan di kain rentang khas sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pada Ahad.

Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dalam satu kenyataan berkata, program anjuran bersama masjid itu sebagai lambang 66 tahun kemerdekaan dan simbolik penyatuan belia Putrajaya.

Program Sentuhan Belia Merdeka sasar 660 belia menurunkan cop tangan di kain rentang khas sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Ahad.
Program Sentuhan Belia Merdeka sasar 660 belia menurunkan cop tangan di kain rentang khas sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Ahad.

“Ia akan disempurnakan dengan tandatangan khas Imam Besar MTMZA, Nor Azamir Alias dan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan MyFundAction, Muhammad Danish Khairi.

“Kami berharap agar program ini menjadi titik permulaan untuk belia dan komuniti bersatu padu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan terkehadapan dari segala aspek kehidupan.

“Pada hari sama, seramai 300 belia tempatan dan antarabangsa dijangka berkumpul di masjid berkenaan sebagai usaha mendekatkan belia dengan institusi masjid,” katanya pada Jumaat.

Pelbagai aktiviti disediakan buat pengunjung antaranya sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran reruai kebudayaan, jualan ayam kampung merdeka, kembara kemerdekaan untuk kanak-kanak dan lain-lain.

MyFundAction mengalu-alukan sokongan dan kesudian syarikat korporat, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan yang ingin berkolaborasi bagi meningkatkan taraf kualiti belia di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!