Satu pusat pemindahan banjir ditutup

Angkatan Pertahanan Awam membantu mengedarkan makanan untuk sahur kepada mangsa banjir awal pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam membantu mengedarkan makanan untuk sahur kepada mangsa banjir awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Semua mangsa banjir yang ditempatkan di Surau An Nur, Kampung Tok Sani dibenarkan pulang selepas banjir di kediaman mereka surut.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata, kesemua mangsa banjir di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang pada jam 7.40 pagi tadi dan pusat pemindahan berkenaan ditutup.

"Tujuh keluarga melibatkan 35 orang di pusat pemindahan ini dibenarkan pulang kerana keadaan di rumah masing-masing sudah selamat.

"Bagaimanapun, pusat pemindahan di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua masih dibuka. Sehingga 4.30 pagi tadi, sebanyak 13 keluarga melibatkan 74 mangsa masih berada di pusat pemindahan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, sebelum ini, dua buah keluarga melibatkan 11 orang di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang kerana banjir di rumah mereka telah surut.

"Semua mangsa dibekalkan makanan untuk mereka bersahur awal pagi tadi. Saya akan maklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

"Setakat pagi ini, keadaan cuaca yang agak baik dan tiada lagi hujan lebat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!