Lelaki maut, isteri parah nahas empat kenderaan

Nahas empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong pada Jumaat yang mengorbankan seorang warga emas. Foto Ihsan pembaca
Nahas empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong pada Jumaat yang mengorbankan seorang warga emas. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

LENGGONG - Warga emas maut manakala isterinya parah dalam nahas empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, Shaharudin Osman, 65, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa berusia 53 tahun cedera di kepala akibat tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, tiga lagi kenderaan terlibat kereta jenis Perodua Aruz, Toyota Avanza dan lori tangki muatan simen.

Menurutnya, panggilan diterima pada jam 5.02 petang dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta.

Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas di persimpangan lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong pada Jumaat. Foto Ihsan JBPM Perak
Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas di persimpangan lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong pada Jumaat. Foto Ihsan JBPM Perak

"Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Seorang lelaki yang duduk di bahagian pemandu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, pemandu tiga lagi kenderaan yang terlibat terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.15 petang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!