Bellingham terus pamer persembahan sempurna
PEMAIN tengah Real Madrid, Jude Bellingham meneruskan momentum positif apabila menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk membolehkan pasukannya meraih kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Celta Vigo 1-0 dalam aksi La Liga pada awal pagi Sabtu.
Pemain berusia 20 tahun itu sekali lagi mengetuai serangan pasukan gergasi Sepanyol itu apabila meledak gol buat kali keempat dalam tiga perlawanan liga pertamanya.
Real mendapat tamparan awal apabila penyerang Brazil Vinicius Jr terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan selepas 15 minit perlawanan dan menambahkan lagi krisis kecederaan selepas kehilangan penjaga gol Thibaut Courtois dan pemain pertahanan Eder Militao.
“Kepa telah bermain dengan baik, tanpa bolos adalah petanda yang baik.
Dia layak bermain, saya telah berkata dalam perlawanan ini bahawa gawang gol dilindungi dengan baik," kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.
Rodrygo turut mempunyai mempunyai peluang keemasan untuk membolehkan Real mendahului pada minit ke-68 menerusi sepakan penalti, namun gagal menyempurnakan peluang tersebut.
“Saya memberitahu Valverde bahawa Luka (Modric) terpaksa mengambil penalti, saya tidak tahu apa yang berlaku antara mereka sehingga mereka memilih Rodrygo.
Saya agak kecewa kerana Luka tidak mengambil penalti," katanya.
Bagaimanapun, pemain tengah England, Bellingham meletakkan pendahulu La Liga, Real di depan 10 minit sebelum tamat dengan tandukan daripada sepakan sudut Joselu untuk mengekalkan permulaan mengagumkannya.
“Bellingham bermain dengan sangat baik, dia terus menjaringkan gol.
Dia melakukannya kerana bergerak dengan sangat baik tanpa bola.
Dia bijak, dia tiba pada masa yang tepat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!